Pengenalan FIMI
Kerajaan Malaysia telah membangunkan insentif untuk penerbitan kandungan kreatif khusus bagi filem, televisyen dan pengeluaran skrin.
Kerajaan Malaysia menjangkakan insentif ini akan menggalakkan kerja-kerja produksi dan meningkatkan kemahiran yang akan menjadi piawaian antarabangsa bagi seluruh ekosistem industri kandungan kreatif.
Dorongan dan bantuan ini adalah amat penting kepada pembangunan ekonomi, sosial dan intelektual negara. Kerajaan Malaysia percaya bahawa usaha ini akan menjadi satu keputusan penting yang akan memberi manfaat, dalam membangun dan terus menyokong industri kandungan kreatif khususnya di Malaysia.
Insentif ini bukan sahaja akan menggalakkan penerbitan kandungan kreatif yang berkualit. Ia juga akan menjadikan Malaysia sebagai destinasi dan hub perfileman pilihan.
Kerajaan telah memperkenalkan Insentif Filem malaysia (FIMI) untuk memberikan insentif kewangan tambahan bagi penerbitan kandungan kreatif di Malaysia, secara tidak langsung memberikan sokongan dan galakan kepada para penerbit dalam menerbitkan kandungan kreatid yang berkualiti.
FIMI adalah rebat tunai 30% ke atas semua Kelayakan Perbelanjaan Pengeluaran Malaysia (QMPE) yang memenuhi kriteria, sila rujuk Garis Panduan Permohonan untuk maklumat lanjut. Permohonan FIMI adalah terbuka untuk penerbit tempatan dan penerbit asing.