Kelayakan Permohonan Domestik
Permohonan FIMI boleh didapati bagi aktiviti-aktiviti berikut: Aktiviti Produksi atau Aktiviti Pos Produksi.
Kriteria #1
Syarikat Penerbitan Filem Malaysia menggunakan Malaysia sebagai lokasi penggambaran dan/ atau aktiviti pos produksi.
Kriteria #2
Co-produksi bersama penerbit filem asing (majoriti dimiliki oleh penerbit tempatan).
Kriteria #3
Syarikat Produksi Perfileman Malaysia dengan lesen pengeluaran filem FINAS.
Kriteria #4
Produksi Malaysia untuk pasaran domestik, serantau dan antarabangsa (pengeluaran dan saringan).
Kelayakan Perbelanjaan Produksi Malaysia - Minimum
- Kelayakan Perbelanjaan Kos Produksi Di Malaysia / Qualifying Malaysia Production Expenditure (QMPE) minimum RM 1.0 juta untuk produksi (termasuk pasca produksi); atau
- RM250,000 untuk aktiviti pasca produksi sahaja (untuk produksi di dalam Malaysia)
- Rebat tambahan 5% (Cultural Test)
- Permohonan hendaklah dikemukakan kepada FIMO sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum tarikh produksi